Wednesday, August 26, 2009

Apa Yang Kita Takutkan

Umumnya apabila seseorang mencapai usia tua, fungsi organnya akan merosot. Selain itu, beliau akan mengalami penuaan fizikal dan dalam kes-kes yang lebih serius, dibelenggu pelbagai masalah penyakit biasanya dikaitkan dengan peningkatan usia seperti hipertensi, diabetes, arthritis, strok, penyakit Alzheimer, menopaus dan sebagainya. Percayalah, saya yang menjangkau umur 42 tahun sedang melaluinya.

Apabila seseorang menghidap penyakit, kos perubatannya bukan sahaja memakan perbelanjaan yang tinggi, malahan membawa kepada penderitaan fizikal dan psikologi kepada pesakit dan ahli keluarganya, khasnya di kalangan golongan yang kurang berada kerana ia meningkatkan lagi beban keluarga mereka. Bagi mereka yang tidak mempunyai tempat mengadu nasib, mereka terpaksa terus bekerja atau bergantung kepada pembiayaan kebajikan untuk keperluan perubatan mereka. Maka, kita sebenarnya takut dibelenggu pelbagai penyakit yang akan menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup kita, selain bimbang tidak dapat sembuh sepenuhnya, atau lebih buruk lagi, mati akibat penyakit-penyakit tersebut.

Di sinilah produk penjagaan kesihatan SNE memainkan peranan yang penting demi membantu kita menikmati usia yang panjang menghidupkan impian dan aspirasi kita.

No comments:

Post a Comment