Friday, March 26, 2010

SNE - Pensijilan Halal (Hallal Certificate)

Bukti Pensijilan Halal Produk SNE
SNE Products Line

SEABUCKTHORN - BUAH AJAIB (MIRACLE FRUIT)

MINERAL yang juga dikenali sebagai galian inorganik, terbahagi kepada mineral utama atau elemen makro (tubuh memerlukan lebih dpd 100mg harian) dan mineral surih (tubuh memerlukan kurang dpd 100mg harian). Selain karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen, mineral juga merupakan salah satu elemen kimia yang diperlukan oleh organisma hidup untuk mengekalkan proses biokimianya serta fuhngsi metabolik fizikal dan biokimia yang normal.

Mineral dibekalkan secara semulajadi dari makanan kita dan pengambilan mineral dietari yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita. Namun begitu, tahap mineral yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan secara langsung atau tidak langsung.Terdapat banyak penyelidikan yang membuktikan bahawa manusia memperoleh manfaat daripada makanan sampingan bermineral. Mineral dan vitamin mempunyai hubungan saling bersandaran dan bekerjasama secara sinergistik serta memerlukan kehadiran satu sama lain untuk memperoleh manafaat yang penuh.

Sumber-sumber Mineral:

  • Kalsium : produk tenusu dan sayuran berdaun hijau
  • Magnesium: kekacang, kacang soya, koko
  • Natrium : garam yg boleh dimakan (natrium klorida), susu dan bayam
  • Kalium : kekacang, bijirin dan pisang
  • Klorin : garam yang boleh dimakan
  • Sulfur : daging, telur dan kekacang
  • Ferum : daging merah, sayuran berdaun (terutamanya bayam)
Buah SEABUCKTHORN padat dengan mineral seperti ferum, zink, kalsium, magnesium, iodin, kalium dan sebagainya. Contoh peranan utama kalium adalah untuk mengekalkan imbangan asid-bes (pH), mengambil bahagian dalam metabolisma tenaga dan mengekalkan fungsi fisiologi dan metabolisma tubuh yang normal, justeru meningkatkan kesihatan keseluruhan tubuh badan.