Mineral dibekalkan secara semulajadi dari makanan kita dan pengambilan mineral dietari yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita. Namun begitu, tahap mineral yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan secara langsung atau tidak langsung.Terdapat banyak penyelidikan yang membuktikan bahawa manusia memperoleh manfaat daripada makanan sampingan bermineral. Mineral dan vitamin mempunyai hubungan saling bersandaran dan bekerjasama secara sinergistik serta memerlukan kehadiran satu sama lain untuk memperoleh manafaat yang penuh.
Sumber-sumber Mineral:
- Kalsium : produk tenusu dan sayuran berdaun hijau
- Magnesium: kekacang, kacang soya, koko
- Natrium : garam yg boleh dimakan (natrium klorida), susu dan bayam
- Kalium : kekacang, bijirin dan pisang
- Klorin : garam yang boleh dimakan
- Sulfur : daging, telur dan kekacang
- Ferum : daging merah, sayuran berdaun (terutamanya bayam)
No comments:
Post a Comment